Skype Button

Newsletter

Persatuan Taska Negeri Selangor


Perutusan Presiden PTNS



Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan lmpah kurnianya dapat kita bersama-sama mengharungi 2010 dengan penuh kemanisan dan kejayaan serta  penuh dengan ujian dan cabaran.Kini tiba tahun baru hijrah dan masehi yang kita tunggu-tunggu . Betapa  bertuahnya kita diberi kesihatan, panjang umur dan dimurahkan rezeki untuk terus mengharungi kehidupan dengan penuh kesabaran dan ketenangan.

Persatuan Taska Negeri Selangor mengorak langkah dan telah berjaya menganjurkan program yang sangat bermenafaat dan berkesan untuk ahli-ahlinya. Konvensyen Peningkatan Kerjaya Usahawan Taska Dan Pusat Jagaan telah berjaya menghimpunkan lebih 1000 orang warga Taska dari seluruh pelusuk rantau Negeri Selangor. Juga kehadiran sahabat-sahabat dari negeri berdekatan Wilayah Persekutuan , Negeri Sembilan turut memeriahkan majlis.Lebih-lebih lagi rasa terharu dengan kemunculan 9 orang wakil dari Negeri Sarawak Bumi Kenyalang.

Acara yang sangat menarik adalah pengisiannya yang padat dan berinformasi tentang peluang-peluang meningkatkan kerjaya dan juga melanjutkan pelajaran.forum mengenai contoh-contoh kejayaan (SUCCESS STORY) beberapa tokoh yang telah terlibat dalam dunia pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak.Ditambah lagi dengan kemunculan tokoh dari UPM ,Encik Zainal telah mengupas  tentang peri pentingnya ciri-ciri pendidik berkualiti untuk menyumbang kepada kerjaya murni ini.

Pelancaran buku Saki Sasamore sangat bermakna bagi menyuntik kreativiti kepada warga taska , kemunculannya hanya sebentar tetapi penuh dengan aksi-aksi menarik tetapi cukup terkesan di hati para peserta konvensyen.

Mahanom bt Basri

Presiden